Friday, March 5, 2010

Perarakan Maulidrrasul...



Pagi-pagi lagi murid-murid dan ibu bapa telah berkumpul di padang sekolah untuk memulakan perarakan maulidurrasul. Rasa teruja dan tak sabar nak berarak....Dah lama tak ikut berarak. Dan dengarnya SK Kampong Jawa dah bertahun tak buat perarakan sempena maulidurrasul. Sambutan daripada ibu bapa pun sangat menggalakkan terutama daripada kalangana ibu bapa prasekolah. 

Dan saya sangatlah berterima kasih kepada ibu-ibu anak-anak prasekolah kerana banyak membantu menguruskan murid sepanjang perarakan dan semasa menjamu selera di kelas. Walaupun pembantu tiada kerana kemalangan....namun bantuan yang dihulurkan oleh kaum ibu memudahkan saya mengendalikan anak-anak prasekolah pada hari ini.Kaum ibu bukan setakat tolong layan anak-anak makan malahan tolong kemas dapur sekali....Alhamdulillah....ringan sikit kerja saya hari ini...Dapatlah saya menyelesaikan beberapa tugasan yang belum beres untuk Mesyuarat Agung PIBG esok.

Kaum ibu yang turut sama membantu menguruskan anak-anak prasekolah menjamu selera

Rajin mak Haikal.....terima kasih...

Selepas anak-anak makan, ibu-ibu pulak nak makan...

Anak-anak mewarna sementara murid Tahap 2 dan ibu bapa mendengar ceramah

Sempat lagi bergambar......


Sepanjang perarakan maulidurrasul  SK Kampong Jawa
 



Terima kasih jugak kepada pak polisi kerana membantu mengawal lalu lintas semasa perarakan.


Bengkel KSPK


Sesuatu yang baru memang agak susah untuk dilaksanakan. Tapi kerana 'Saya yang menurut perintah' , maka susah atau senang perlu ditempuhi dengan cara apa sekalipun. Ekoran itu, satu bengkel telah diadakan oleh PPD Timur Laut atas permintaan guru-guru prasekolah untuk menghasilkan satu rancangan tahunan yang lengkap mengikut kehendak KSPK. Lengkap dengan web khusus dan aktiviti cadangan. Dengan harapan agar guru prasekolah tak perlu lagi menghabiskan masa 3,4 jam menghadap Sukatan KSPK untuk menghasilkan rancangan harian. Setiap hari tau...

Terima kasih kepada Pn. Hajjah Fatimah Yon - Penyelia Prasekolah di PPD Timur Laut kerana sanggup mengusahakan mengadakan  bengkel ini....

Inilah sebahagian daripada guru-guru prasekolah PPD Timur Laut yang menghadiri bengkel selama 3 jam pada 24 Feb 2010...Pagi pi sekolah.Petang pulak berbengkel. Cayalah.....

Penyelia Prasekolah PPD Timur Laut - Pn. Hajjah Fatimah yang sangat memahami guru-guru prasekolah terutamanya berkenaan KSPK. Thanks Pn. Hajjah.
Sebahagian guru prasekolah PPD Timur Laut

Entah apa yang menarik perhatian sangat ni.....begitu khusyuk sekali ....


Thursday, March 4, 2010

Minggu-minggu sibuk......


Dah seminggu lebih tak update blog...Tersangatlah sibuknya dua tiga minggu ni...Minggu ni sekolah sibuk dengan sambutan maulidurrasul peringkat sekolah. Tahun ni ada perarakan melalui jalan-jalan yang berhampiran dengan sekolah....Jalan Gurdwara, Jalan Kampong Jawa Baru dan Jalan Timah. Dan dengarnya dua tiga kali jugak Guru Besar diminta berjumpa dengan polis mengenai perarakan ini...Yelah...dengan isu hangat mengenai perarakan peringkat negeri di Pulau Pinang dua minggu lepas...ada beberapa  peringatan yang diperturunkan kepada guru besar untuk perarakan peringkat sekolah Jumaat ni...Esok lah tu...

Sehari dua ni warga sekolah sibuk dengan melukis sepanduk...Ada pertandingan sepanduk dan perarakan terbaik mengikut rumah sukan. Tapi tengok gaya macam cikgu-cikgu je yang sibuk...budak-budak cuma tengok cikgu buat kerja....Tu lah cikgu zaman ni...bukan  takat kena mengajar je...sepanduk pun kena buat sendiri..... 

Esok perarakan dan sambutan maulidurrasul akan diadakan di sekolah...Harap semuanya berjalan lancar...Janganlah ada 'isu-isu berbangkit'.


Operasi membuat sepanduk untuk perarakan........

Tuesday, February 16, 2010

Cuti yang bermakna


Walaupun cuti Tahun Baru Cina cuma 3 hari - Ahad sampai Selasa. Tapi kebanyakan sekolah cuti 9 hari daripada 13 hingga 21 Feb. Lama tu cutinya. Tapi seronok juga...banyak yang dapat saya bereskan sepanjang cuti ni.... Untuk pelajar part time macam saya ni...dapat siapkan assignment. Dalam pada tu...dapat juga saya cari bahan di internet untuk BBM prasekolah terutama untuk kemahiran asas mengenal huruf dan nombor.

Bukannya tak ada BBM yang lama, cuma....bagi murid yang telah berada di kelas prasekolah dari umur 5 tahun, tentu mereka bosan buat benda yang sama lagi.... So, bahan yang dapat ni sangatlah sesuai untuk saya gunakan dalam kelas.

1.  Worksheets for preschool

2.  Interesting worksheets

Saturday, February 13, 2010

Penyanyi cilik...


Kelas tahun ni ada 10 orang murid 5 tahun... Dengan kerenah dan telatah mereka, rasanya macam nursery pulak. Ada 2,3 orang yang masih manja lagi.... Daniel yang pelat...'Cikdu, cikdu'. Tak boleh menyebut 'cikgu' dengan betul... Saya dan PPM cukup suka melayan Daniel kerana kepelatannya.. Sering menangis kalau nak balik. Bukan kerana tak mau balik tapi kerana takut ditinggalkan oleh bapanya...

Si 'penyanyi cilik' - Azra. Setiap pagi mesti nak menyanyi. Setiap kali sesi perbualan pagi, dia mesti menghimpit saya nak minta menyanyi. Dan mesti di atas pentas. Tak mahu kat bawah... So...setiap pagi kelas akan dihiburkan dulu oleh Azra..... Dan lagunya sama setiap hari 'Twinkle twinkle little star dan Aku bukanlah superman'.
Azra - penuh perasaan semasa menyanyikan lagu
So cute ..... Dan merekalah - anak-anak prasekolah yang 'menghidupkan' hari-hari seorang guru prasekolah. Hilang penat bila melihat telatah mereka....
Semasa aktiviti luar - Perkembangan Fizikal lah...

Tuesday, February 2, 2010

Setelah sebulan berlalu....


Penulisan persediaan mengajar semakin mudah meskipun masih memerlukan sejam dua untuk menyiapkannya.....Alah bisa tegal biasa...... Dan setelah sebulan KSPK dilaksanakan.. baru perasan kalau ada kekurangan dalam penyediaan jadual waktu. Rasanya lebih mudah mengajar kalau kita adakan 'English Day'. Maksudnya....ada dua hari sepenuhnya diajar dalam Bahasa Inggeris.... Tak adalah saya asyik terlupa nak gunakan Bahasa Inggeris dalam P & P.
Untuk 2,3 bulan ni rasanya kekalkan dulu jadual waktu yang ada....sebab ada guru praktikal dalam kelas. Takut menyusahkan dia pulak kalau tukar jadual...

jadual

Tuesday, January 26, 2010

Dah ada perubahan....


Minggu ni dah masuk minggu keempat. rasanya dah boleh tarik nafas lega...Dah tak ada yang menangis nak minta balik...Dah tak ada yang asyik tanya bila nak balik. Daniel dah semakin leka dalam kelas...Dan... dah makin kurang yang tak mahu makan. Adam Irfan dah mula makan semalam....Risau jugak bila budak-budak ni tak mahu makan.Takut ibu bapa complain kata cikgu tak bagi makan...Padahal dah bermacam-macam menu 'auntie' masak.....

anak-anak sedang menjamu selera

Adam Irfan yang sangat susah makan sebelum ni

Proses P & P dah berjalan dengan lancar meskipun setiap hari pening sikit bila nak buat rancangan mengajar....Apa yang bagusnya KSPK ni....guru tidak terlalu terikat dengan tema. So...untuk Bahasa Malaysia...saya boleh menumpukan sepenuhnya dengan kemahiran membaca dan menulis.Harap semua murid dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan baik di penggal pertama ni....


 

Term of Use

PRASEKOLAH AN-NUR Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino