Kelas tahun ni ada 10 orang murid 5 tahun... Dengan kerenah dan telatah mereka, rasanya macam nursery pulak. Ada 2,3 orang yang masih manja lagi.... Daniel yang pelat...'Cikdu, cikdu'. Tak boleh menyebut 'cikgu' dengan betul... Saya dan PPM cukup suka melayan Daniel kerana kepelatannya.. Sering menangis kalau nak balik. Bukan kerana tak mau balik tapi kerana takut ditinggalkan oleh bapanya...
Si 'penyanyi cilik' - Azra. Setiap pagi mesti nak menyanyi. Setiap kali sesi perbualan pagi, dia mesti menghimpit saya nak minta menyanyi. Dan mesti di atas pentas. Tak mahu kat bawah... So...setiap pagi kelas akan dihiburkan dulu oleh Azra..... Dan lagunya sama setiap hari 'Twinkle twinkle little star dan Aku bukanlah superman'.
Azra - penuh perasaan semasa menyanyikan lagu
So cute ..... Dan merekalah - anak-anak prasekolah yang 'menghidupkan' hari-hari seorang guru prasekolah. Hilang penat bila melihat telatah mereka....
Semasa aktiviti luar - Perkembangan Fizikal lah...