Tuesday, February 22, 2011

Karnival Pendidikan Prasekolah dan Sambutan Hari Raya


Lama tak update info dalam blog ni...Demi menyiapkan tesis, saya terpaksa mengabaikan sementara blog ini....Banyak aktiviti prasekolah telah saya jalankan tapi tiada kesempatan untuk memuatkannya ke dalam blog ini..Alhamdulillah...saya berjaya juga menyiapkan tesis dan harap dapat memegang segulung ijazah sarjana awal tahun depan. Dan InsyaAllah....selepas ini, saya akan cuba memuatkan apa saja aktiviti prasekolah dengan segera. Kiranya macam menulis laporan aktiviti prasekolah.

Pada 1 Oktober yang lepas, Prasekolah An-Nur berjaya melaksanakan Karnival Pendidikan Prasekolah peringkat sekolah. Oleh kerana masih dalam bulan Syawal, sambutan hari raya turut diadakan pada hari yang sama. Semua guru dan waris murid dijemput dan Alhamdulillah...kehadiran waris sangat membanggakan. Rasanya hampir kesemua waris dapat menghadirkan diri pada hari tersebut. Seronok rasanya melihat kesudian para ibu bapa untuk turut serta dalam sambutan hari raya di samping menyaksikan anak-anak mereka bertanding dalam Karnival Pendidikan Prasekolah An-Nur SK Kg. Jawa.

Saya harap tahun-tahun mendatang, respon ibu bapa terhadap aktiviti prasekolah juga sebaik tahun 2010.Keprihatinan ibu bapa selalunya meningkatkan lagi semangat guru untuk memberikan yang terbaik dalam setiap aktiviti prasekolah.




Taklimat Penjagaan gigi....


Lamanya tak update blog prasekolah ni.....Sibuk banyak....Tak sempat nak menulis aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2,3 bulan yang lepas...Banyak benda nak kena buat...Nasib baik ada PPM yang sanggup tolong mengisi data online Prasekolah Kebangsaan walaupun cuti sakit...Thanks Faizah....Dok rumah diam-diam sampai kaki tu baik...Jangan dok risaukan kelas prasekolah ni....

23 April yang lepas 2 orang jururawat yang melawat Prasekolah SK Kg. Jawa untuk pemeriksaan kesihatan kanak-kanak prasekolah...biasalah periksa mata, kepala.., badan...Mana yang ada kutu tu...diberi ubat kutu...Ramai juga yang ada kutu...Ingatkan kanak-kanak perempuan je yang ada kutu...yang lelaki pun banyak juga kutu...mungkin jangkit daripada kanak-kanak perempuan...Yang ada masalah kulit...diminta ibu bapa membawa anak masing-masing ke klinik...Surat dikeluarkan untuk ibubapa...

Pemeriksaan kesihatan ni memang setiap tahun diadakan....Kanak-kanak diberi penerangan menjaga kebersihan tangan dan diri memandangkan H1N1 masih berleluasa lagi....Selain dari itu, klinik pergigian juga turut membuat lawatan ke prasekolah...Kanak-kanak prasekolah juga dibawa ke kolej pergigian - melawat tempat di mana kanak-kanak boleh mendapatkan rawatan gigi...Lawatan ini bertujuan untuk membiasakan kanak-kanak dengan keadaan klinik gigi supaya tiada perasaan takut apabila mendapatkan rawatan gigi...


 

Term of Use

PRASEKOLAH AN-NUR Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino