Friday, March 5, 2010

Bengkel KSPK


Sesuatu yang baru memang agak susah untuk dilaksanakan. Tapi kerana 'Saya yang menurut perintah' , maka susah atau senang perlu ditempuhi dengan cara apa sekalipun. Ekoran itu, satu bengkel telah diadakan oleh PPD Timur Laut atas permintaan guru-guru prasekolah untuk menghasilkan satu rancangan tahunan yang lengkap mengikut kehendak KSPK. Lengkap dengan web khusus dan aktiviti cadangan. Dengan harapan agar guru prasekolah tak perlu lagi menghabiskan masa 3,4 jam menghadap Sukatan KSPK untuk menghasilkan rancangan harian. Setiap hari tau...

Terima kasih kepada Pn. Hajjah Fatimah Yon - Penyelia Prasekolah di PPD Timur Laut kerana sanggup mengusahakan mengadakan  bengkel ini....

Inilah sebahagian daripada guru-guru prasekolah PPD Timur Laut yang menghadiri bengkel selama 3 jam pada 24 Feb 2010...Pagi pi sekolah.Petang pulak berbengkel. Cayalah.....

Penyelia Prasekolah PPD Timur Laut - Pn. Hajjah Fatimah yang sangat memahami guru-guru prasekolah terutamanya berkenaan KSPK. Thanks Pn. Hajjah.
Sebahagian guru prasekolah PPD Timur Laut

Entah apa yang menarik perhatian sangat ni.....begitu khusyuk sekali ....


0 comments:

Post a Comment

 

Term of Use

PRASEKOLAH AN-NUR Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino