Friday, March 5, 2010

Perarakan Maulidrrasul...



Pagi-pagi lagi murid-murid dan ibu bapa telah berkumpul di padang sekolah untuk memulakan perarakan maulidurrasul. Rasa teruja dan tak sabar nak berarak....Dah lama tak ikut berarak. Dan dengarnya SK Kampong Jawa dah bertahun tak buat perarakan sempena maulidurrasul. Sambutan daripada ibu bapa pun sangat menggalakkan terutama daripada kalangana ibu bapa prasekolah. 

Dan saya sangatlah berterima kasih kepada ibu-ibu anak-anak prasekolah kerana banyak membantu menguruskan murid sepanjang perarakan dan semasa menjamu selera di kelas. Walaupun pembantu tiada kerana kemalangan....namun bantuan yang dihulurkan oleh kaum ibu memudahkan saya mengendalikan anak-anak prasekolah pada hari ini.Kaum ibu bukan setakat tolong layan anak-anak makan malahan tolong kemas dapur sekali....Alhamdulillah....ringan sikit kerja saya hari ini...Dapatlah saya menyelesaikan beberapa tugasan yang belum beres untuk Mesyuarat Agung PIBG esok.

Kaum ibu yang turut sama membantu menguruskan anak-anak prasekolah menjamu selera

Rajin mak Haikal.....terima kasih...

Selepas anak-anak makan, ibu-ibu pulak nak makan...

Anak-anak mewarna sementara murid Tahap 2 dan ibu bapa mendengar ceramah

Sempat lagi bergambar......


Sepanjang perarakan maulidurrasul  SK Kampong Jawa
 



Terima kasih jugak kepada pak polisi kerana membantu mengawal lalu lintas semasa perarakan.


0 comments:

Post a Comment

 

Term of Use

PRASEKOLAH AN-NUR Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino