Pada 1 Oktober yang lepas, Prasekolah An-Nur berjaya melaksanakan Karnival Pendidikan Prasekolah peringkat sekolah. Oleh kerana masih dalam bulan Syawal, sambutan hari raya turut diadakan pada hari yang sama. Semua guru dan waris murid dijemput dan Alhamdulillah...kehadiran waris sangat membanggakan. Rasanya hampir kesemua waris dapat menghadirkan diri pada hari tersebut. Seronok rasanya melihat kesudian para ibu bapa untuk turut serta dalam sambutan hari raya di samping menyaksikan anak-anak mereka bertanding dalam Karnival Pendidikan Prasekolah An-Nur SK Kg. Jawa.
Saya harap tahun-tahun mendatang, respon ibu bapa terhadap aktiviti prasekolah juga sebaik tahun 2010.Keprihatinan ibu bapa selalunya meningkatkan lagi semangat guru untuk memberikan yang terbaik dalam setiap aktiviti prasekolah.
0 comments:
Post a Comment