Saturday, July 3, 2010

Hari Anugerah SK Kampong Jawa


So sorry....lamanya tak update blog...Tersangatlah sibuknya dua tiga menjak ni.....Banyak benda nak dibuat dalam blog ni tapi tiada kesempatan dan masa. Rasanya macam kena tunggu habis belajar dulu baru boleh buat projek kat blog ni.....

Pagi tadi, telah berlangsungnya Hari Anugerah  Kecemerlangan SK Kampong Jawa bagi tahun 2010..Macam biasa...setiap tahun anak-anak praekolah pastinya ada satu persembahan dalam majlis tersebut...Tahun ni kami buat boria.Boria Anak Tanjung...Tahun ni bernasib baik sebab pengganti sementara PPM pandai boria...Hasil usahanya...maka terhasillah persembahan yang paling menarik tahun ini....Kelakar jugak tengok persembahan anak-anak prasekolah ni....Dengan latihan yang tak sampai dua minggu dan asyik tukar penari je...berjaya jugak mereka beraksi di atas pentas....

 

Saturday, April 10, 2010

Tema 'AIR'


Semua orang tau menuang air.... Persoalannya...boleh ke kita menuang air tanpa menumpahkannya..? bagi orang dewasa...for sure tak ada masalah. Tapi bagi kanak-kanak berumur 5-6 tahun.., menuang air satu tugas yang agak sukar....Menggigil tangan dibuatnya....penuh berhati-hati supaya tiada air yang tumpah ke bawah.. terutama bila menuang air ke dalam bekas yang kecil....Koordinasi mata tangan penting di sini.

Kanak-kanak ini menjalankan aktiviti menuang air minggu lepas sempena tema air...Mesti ada yang mengatakan apa sangatlah menuang air ni....Tapi sesungguhnya...ada kanak-kanak gagal menuang air dengan baik. Tanpa menumpahkan air....Meskipun dia cuba menuang dengan berhati-hati, masih ada juga air yang tumpah. Mungkin dia tak dapat mengagak banyak mana air yang patut dituang setiap kali menuang air....

Bila bab air ni... kanak-kanak memang suka...Sampai berkali-kali tuang air. Baju basah pun tak apa...janji dapat main air....


Aktiviti menuang air ke dalam bekas pelbagai saiz






Ini pula pertandingan mewarna gambar berkelah di air terjun



Dihambat kesibukan.....


Lamanya tak update blog ini...Ketiadaan PPM sangat mencuri masa saya...PPM saya ditimpa kemalangan....dapur, kelas, semua kerja harian PPM terpaksa saya take over....Agak kelam kabut sikit keadaan kelas. Nak buat macam mana....terpaksa hadapinya sehinggalah dapat PPM sementara.... Nasib baik juga ada guru praktikal USM yang sangat membantu tika disaat-saat sukar ini. Berharap sangat dapatlah disegerakan pengganti PPM sementara.

Sepanjang sebulan ketiadaan PPM, anak-anak prasekolah terpaksa makan di kantin. Sedap atau tidak....terpaksa makan juga....Selalu makanan tak habis dimakan. Bila ditanya..."tak sedap cikgu". Kesian juga tengok....nak masak untuk mereka...siapa pulak nak mengajar....Minum pagi pun menu yang sama je. Koko krunch dan biskut.Itulah menu yang paling cepat dan senang nak dibuat setiap pagi.

Meskipun ketiadaan PPM, dapat juga saya mengadakan majlis sambutan hari jadi anak-anak prasekolah untuk mereka yang lahir bulan Jan, Feb dan Mac. Bersyukur sangat kaum ibu banyak membantu saya menyediakan persiapan untuk majlis tersebut....Amirul Akmal, Atiq, Iddil, Danial, Syaza dan Atikah diraikan pada majlis tersebut. Seronok muka anak-anak ini...ceria dan happy je...


orang kuat dapur....

Friday, March 5, 2010

Perarakan Maulidrrasul...



Pagi-pagi lagi murid-murid dan ibu bapa telah berkumpul di padang sekolah untuk memulakan perarakan maulidurrasul. Rasa teruja dan tak sabar nak berarak....Dah lama tak ikut berarak. Dan dengarnya SK Kampong Jawa dah bertahun tak buat perarakan sempena maulidurrasul. Sambutan daripada ibu bapa pun sangat menggalakkan terutama daripada kalangana ibu bapa prasekolah. 

Dan saya sangatlah berterima kasih kepada ibu-ibu anak-anak prasekolah kerana banyak membantu menguruskan murid sepanjang perarakan dan semasa menjamu selera di kelas. Walaupun pembantu tiada kerana kemalangan....namun bantuan yang dihulurkan oleh kaum ibu memudahkan saya mengendalikan anak-anak prasekolah pada hari ini.Kaum ibu bukan setakat tolong layan anak-anak makan malahan tolong kemas dapur sekali....Alhamdulillah....ringan sikit kerja saya hari ini...Dapatlah saya menyelesaikan beberapa tugasan yang belum beres untuk Mesyuarat Agung PIBG esok.

Kaum ibu yang turut sama membantu menguruskan anak-anak prasekolah menjamu selera

Rajin mak Haikal.....terima kasih...

Selepas anak-anak makan, ibu-ibu pulak nak makan...

Anak-anak mewarna sementara murid Tahap 2 dan ibu bapa mendengar ceramah

Sempat lagi bergambar......


Sepanjang perarakan maulidurrasul  SK Kampong Jawa
 



Terima kasih jugak kepada pak polisi kerana membantu mengawal lalu lintas semasa perarakan.


 

Term of Use

PRASEKOLAH AN-NUR Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino