Thursday, March 24, 2011

Selamat Hari Lahir...



                             Happy Birthday Comments, Graphics, eCards for Facebook, MySpace

Sebelum cuti sekolah yang lepas...kami telah meraikan hari lahir anak-anak prasekolah yang lahir pada bulan Jan, Feb dan Mac....Sambutan hari lahir diadakan 3 bulan sekali....tapi sambutan kali ini kurang preparation...sibuk sikit dgn mesyuarat PIBG....hadiah pun tak sempat nak beli untuk anak-anak yang sambut hari lahir....kesian pulak...Tapi tak apa....hadiah tetap ada cuma lambat sikit je.....



Monday, February 28, 2011

Bersawang dah blog ni....


Berbulan rasanya dah tak update blog prasekolah ni.....Rasa macam dah bersawang blog ni.....InsyaAllah saya akan menyambung semula perkongsian maklumat yang boleh saya kongsikan dalam blog ini....dan berdoa sangat janganlah hangat-hangat tahi ayam.....

Ok...untuk permulaan pembersihan sawang...saya nak bagi tahu sikit mengenai Taklimat Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK)...yang telah saya hadiri di JPN pada 23 Feb 2011 dan di PKG Bkt Gelugor anjuran PPDTL pada 28 Feb 2011...petang tadi la.... SMPK perlu diisi sepenuhnya oleh semua guru prasekolah di seluruh negara selewat-lewatnya 15 Mac 2011...

Proses yang agak leceh sikit kerana masalah dengan sistem yang dibina....kerap kali ada gangguan hingga menyukarkan proses pengisian data murid.....Rasanya tahun lepas pernah buat tapi tak ada lah masalah sangat......Harap dapat isi semua data sebelum tarikh tutup.....


taklimat disampaikan oleh En. Ariffin

Tuesday, February 22, 2011

Karnival Pendidikan Prasekolah dan Sambutan Hari Raya


Lama tak update info dalam blog ni...Demi menyiapkan tesis, saya terpaksa mengabaikan sementara blog ini....Banyak aktiviti prasekolah telah saya jalankan tapi tiada kesempatan untuk memuatkannya ke dalam blog ini..Alhamdulillah...saya berjaya juga menyiapkan tesis dan harap dapat memegang segulung ijazah sarjana awal tahun depan. Dan InsyaAllah....selepas ini, saya akan cuba memuatkan apa saja aktiviti prasekolah dengan segera. Kiranya macam menulis laporan aktiviti prasekolah.

Pada 1 Oktober yang lepas, Prasekolah An-Nur berjaya melaksanakan Karnival Pendidikan Prasekolah peringkat sekolah. Oleh kerana masih dalam bulan Syawal, sambutan hari raya turut diadakan pada hari yang sama. Semua guru dan waris murid dijemput dan Alhamdulillah...kehadiran waris sangat membanggakan. Rasanya hampir kesemua waris dapat menghadirkan diri pada hari tersebut. Seronok rasanya melihat kesudian para ibu bapa untuk turut serta dalam sambutan hari raya di samping menyaksikan anak-anak mereka bertanding dalam Karnival Pendidikan Prasekolah An-Nur SK Kg. Jawa.

Saya harap tahun-tahun mendatang, respon ibu bapa terhadap aktiviti prasekolah juga sebaik tahun 2010.Keprihatinan ibu bapa selalunya meningkatkan lagi semangat guru untuk memberikan yang terbaik dalam setiap aktiviti prasekolah.




Taklimat Penjagaan gigi....


Lamanya tak update blog prasekolah ni.....Sibuk banyak....Tak sempat nak menulis aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2,3 bulan yang lepas...Banyak benda nak kena buat...Nasib baik ada PPM yang sanggup tolong mengisi data online Prasekolah Kebangsaan walaupun cuti sakit...Thanks Faizah....Dok rumah diam-diam sampai kaki tu baik...Jangan dok risaukan kelas prasekolah ni....

23 April yang lepas 2 orang jururawat yang melawat Prasekolah SK Kg. Jawa untuk pemeriksaan kesihatan kanak-kanak prasekolah...biasalah periksa mata, kepala.., badan...Mana yang ada kutu tu...diberi ubat kutu...Ramai juga yang ada kutu...Ingatkan kanak-kanak perempuan je yang ada kutu...yang lelaki pun banyak juga kutu...mungkin jangkit daripada kanak-kanak perempuan...Yang ada masalah kulit...diminta ibu bapa membawa anak masing-masing ke klinik...Surat dikeluarkan untuk ibubapa...

Pemeriksaan kesihatan ni memang setiap tahun diadakan....Kanak-kanak diberi penerangan menjaga kebersihan tangan dan diri memandangkan H1N1 masih berleluasa lagi....Selain dari itu, klinik pergigian juga turut membuat lawatan ke prasekolah...Kanak-kanak prasekolah juga dibawa ke kolej pergigian - melawat tempat di mana kanak-kanak boleh mendapatkan rawatan gigi...Lawatan ini bertujuan untuk membiasakan kanak-kanak dengan keadaan klinik gigi supaya tiada perasaan takut apabila mendapatkan rawatan gigi...


Saturday, July 3, 2010

Hari Anugerah SK Kampong Jawa


So sorry....lamanya tak update blog...Tersangatlah sibuknya dua tiga menjak ni.....Banyak benda nak dibuat dalam blog ni tapi tiada kesempatan dan masa. Rasanya macam kena tunggu habis belajar dulu baru boleh buat projek kat blog ni.....

Pagi tadi, telah berlangsungnya Hari Anugerah  Kecemerlangan SK Kampong Jawa bagi tahun 2010..Macam biasa...setiap tahun anak-anak praekolah pastinya ada satu persembahan dalam majlis tersebut...Tahun ni kami buat boria.Boria Anak Tanjung...Tahun ni bernasib baik sebab pengganti sementara PPM pandai boria...Hasil usahanya...maka terhasillah persembahan yang paling menarik tahun ini....Kelakar jugak tengok persembahan anak-anak prasekolah ni....Dengan latihan yang tak sampai dua minggu dan asyik tukar penari je...berjaya jugak mereka beraksi di atas pentas....

 

Saturday, April 10, 2010

Tema 'AIR'


Semua orang tau menuang air.... Persoalannya...boleh ke kita menuang air tanpa menumpahkannya..? bagi orang dewasa...for sure tak ada masalah. Tapi bagi kanak-kanak berumur 5-6 tahun.., menuang air satu tugas yang agak sukar....Menggigil tangan dibuatnya....penuh berhati-hati supaya tiada air yang tumpah ke bawah.. terutama bila menuang air ke dalam bekas yang kecil....Koordinasi mata tangan penting di sini.

Kanak-kanak ini menjalankan aktiviti menuang air minggu lepas sempena tema air...Mesti ada yang mengatakan apa sangatlah menuang air ni....Tapi sesungguhnya...ada kanak-kanak gagal menuang air dengan baik. Tanpa menumpahkan air....Meskipun dia cuba menuang dengan berhati-hati, masih ada juga air yang tumpah. Mungkin dia tak dapat mengagak banyak mana air yang patut dituang setiap kali menuang air....

Bila bab air ni... kanak-kanak memang suka...Sampai berkali-kali tuang air. Baju basah pun tak apa...janji dapat main air....


Aktiviti menuang air ke dalam bekas pelbagai saiz






Ini pula pertandingan mewarna gambar berkelah di air terjun



Dihambat kesibukan.....


Lamanya tak update blog ini...Ketiadaan PPM sangat mencuri masa saya...PPM saya ditimpa kemalangan....dapur, kelas, semua kerja harian PPM terpaksa saya take over....Agak kelam kabut sikit keadaan kelas. Nak buat macam mana....terpaksa hadapinya sehinggalah dapat PPM sementara.... Nasib baik juga ada guru praktikal USM yang sangat membantu tika disaat-saat sukar ini. Berharap sangat dapatlah disegerakan pengganti PPM sementara.

Sepanjang sebulan ketiadaan PPM, anak-anak prasekolah terpaksa makan di kantin. Sedap atau tidak....terpaksa makan juga....Selalu makanan tak habis dimakan. Bila ditanya..."tak sedap cikgu". Kesian juga tengok....nak masak untuk mereka...siapa pulak nak mengajar....Minum pagi pun menu yang sama je. Koko krunch dan biskut.Itulah menu yang paling cepat dan senang nak dibuat setiap pagi.

Meskipun ketiadaan PPM, dapat juga saya mengadakan majlis sambutan hari jadi anak-anak prasekolah untuk mereka yang lahir bulan Jan, Feb dan Mac. Bersyukur sangat kaum ibu banyak membantu saya menyediakan persiapan untuk majlis tersebut....Amirul Akmal, Atiq, Iddil, Danial, Syaza dan Atikah diraikan pada majlis tersebut. Seronok muka anak-anak ini...ceria dan happy je...


orang kuat dapur....

 

Term of Use

PRASEKOLAH AN-NUR Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino