Tuesday, February 16, 2010

Cuti yang bermakna


Walaupun cuti Tahun Baru Cina cuma 3 hari - Ahad sampai Selasa. Tapi kebanyakan sekolah cuti 9 hari daripada 13 hingga 21 Feb. Lama tu cutinya. Tapi seronok juga...banyak yang dapat saya bereskan sepanjang cuti ni.... Untuk pelajar part time macam saya ni...dapat siapkan assignment. Dalam pada tu...dapat juga saya cari bahan di internet untuk BBM prasekolah terutama untuk kemahiran asas mengenal huruf dan nombor.

Bukannya tak ada BBM yang lama, cuma....bagi murid yang telah berada di kelas prasekolah dari umur 5 tahun, tentu mereka bosan buat benda yang sama lagi.... So, bahan yang dapat ni sangatlah sesuai untuk saya gunakan dalam kelas.

1.  Worksheets for preschool

2.  Interesting worksheets

Saturday, February 13, 2010

Penyanyi cilik...


Kelas tahun ni ada 10 orang murid 5 tahun... Dengan kerenah dan telatah mereka, rasanya macam nursery pulak. Ada 2,3 orang yang masih manja lagi.... Daniel yang pelat...'Cikdu, cikdu'. Tak boleh menyebut 'cikgu' dengan betul... Saya dan PPM cukup suka melayan Daniel kerana kepelatannya.. Sering menangis kalau nak balik. Bukan kerana tak mau balik tapi kerana takut ditinggalkan oleh bapanya...

Si 'penyanyi cilik' - Azra. Setiap pagi mesti nak menyanyi. Setiap kali sesi perbualan pagi, dia mesti menghimpit saya nak minta menyanyi. Dan mesti di atas pentas. Tak mahu kat bawah... So...setiap pagi kelas akan dihiburkan dulu oleh Azra..... Dan lagunya sama setiap hari 'Twinkle twinkle little star dan Aku bukanlah superman'.
Azra - penuh perasaan semasa menyanyikan lagu
So cute ..... Dan merekalah - anak-anak prasekolah yang 'menghidupkan' hari-hari seorang guru prasekolah. Hilang penat bila melihat telatah mereka....
Semasa aktiviti luar - Perkembangan Fizikal lah...

Tuesday, February 2, 2010

Setelah sebulan berlalu....


Penulisan persediaan mengajar semakin mudah meskipun masih memerlukan sejam dua untuk menyiapkannya.....Alah bisa tegal biasa...... Dan setelah sebulan KSPK dilaksanakan.. baru perasan kalau ada kekurangan dalam penyediaan jadual waktu. Rasanya lebih mudah mengajar kalau kita adakan 'English Day'. Maksudnya....ada dua hari sepenuhnya diajar dalam Bahasa Inggeris.... Tak adalah saya asyik terlupa nak gunakan Bahasa Inggeris dalam P & P.
Untuk 2,3 bulan ni rasanya kekalkan dulu jadual waktu yang ada....sebab ada guru praktikal dalam kelas. Takut menyusahkan dia pulak kalau tukar jadual...

jadual
 

Term of Use

PRASEKOLAH AN-NUR Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino